Isnin, 6 Jun 2016 | 9:15am
ZLATAN Ibrahimovic. -Foto Reuters

Ibrahimovic buat 'pengumuman besar' esok

LONDON: Zlatan Ibrahimovic mengusik penyokong Manchester United semalam dengan mendakwa 'pengumuman besar' dijadualkan esok.

Penyerang itu dijangka akan menandatangani perjanjian setahun di Old Trafford minggu ini menjelang Kejohanan Eropah (Euro 2016) di Perancis.

Ibrahimovic - yang menjadi bintang utama Sweden ketika menang 3-0 mengatasi Wales - akan diberikan pelepasan daripada kem latihan kebangsaan oleh pengurus, Erik Hamren, minggu ini.

Pemain berusia 34 tahun itu dijangka akan memperkenalkan jenama pakaian baharu esok, namun dilaporkan bersedia untuk mendedahkan perpindahan yang dinanti-nantikan ke United.

"Akan ada pengumuman besar pada 7 Jun. Ia akan menjadi 'bom' besar musim panas," kata Ibrahimovic kepada stesen televisyen Sweden.

"Saya rasa bagus, lebih bagus daripada itu. Pelbagai perkara akan berlaku dengan berita ini, jadi saya harap anda semua akan gembira."

Ditanya sama ada dia mencari kelab baharu selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG), Ibrahimovic membalas: "Datang dan lihat pada 7 Jun." - AGENSI

Berita Harian X