Ahad, 5 Jun 2016 | 8:41am
EMPAT anak Allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam perjalanan ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak. - Foto Supian Ahmad

Anak Allahyarham Wan Khair-il sertai perarakan penamaan calon


EMPAT anak Allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, keluar dari rumah mereka di Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk turut berarak bersama penyokong Barisan Nasional (BN) ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak.

KUALA KANGSAR: Empat anak Allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, keluar dari rumah mereka di Bukit Chandan di sini untuk turut berarak bersama penyokong Barisan Nasional (BN) ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak.

Semua mereka yang berpakaian baju Melayu serba biru menaiki dua kenderaan bergerak ke Pusat Gerakan BN di Safari Resort kira-kira jam 7.40 pagi tadi.

Keempat-empat mereka iaitu Wan Emir Astar, 26; Wan Imar, 25; Wan Iskandar, 23; dan Wan Amar, juga adalah anak calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, kelihatan bersemangat untuk pergi ke hari penamaan calon.

Mereka dilihat bersalaman dengan Mastura di hadapan pintu rumah sebelum bergerak menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.

Berita Harian X