Sabtu, 4 Jun 2016 | 11:17am

Kanak-kanak 5 tahun lemas di Pantai Besut

BESUT: Keriangan sebuah keluarga berkelah dan mandi-manda sempena cuti sekolah di Pantai Ayer Tawar dekat sini, bertukar tragedi apabila seorang anggota keluarga lemas di pantai berkenaan, semalam.

Mangsa Mohd Aqil Qayyim Mohd Saiful, 5, dari Kuala Krai, Kelantan dikatakan lemas setelah pergi semula ke pantai berkenaan untuk mandi tanpa pengetahuan bapanya.

Kejadian berlaku jam ada 5.40 petang ketika bapa mangsa sedang mengemas barang untuk pulang tanpa menyedari anaknya itu mandi semula di pantai berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa bapanya ke sebuah klinik di Kuala Besut dan disahkan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan dibawa pulang ke Kuala Krai, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan. - BERNAMA


SEORANG kanak-kanak berusia 5 tahun dikatakan lemas setelah pergi semula ke pantai untuk mandi tanpa pengetahuan bapanya. - Foto hiasan

Berita Harian X