Sabtu, 4 Jun 2016 | 12:26am
ANTARA orang ramai yang hadir di My Tango Cafe, Taman Melawati. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
SPAGETI makanan laut aglio olio.
SANDWIC salmon salai.
RUANG menelaah dan sudut santai jadi tarikan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
LAMB shank dengan sayur panggang

Mi Jawa Tango Cafe bangkit selera

ANTARA menu istimewa di Tango Cafe. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

SUSAH hendak mencari hidangan mi Jawa yang betul-betul sedap di sekitar Lembah Klang. Tapi, selepas mencuba mi Jawa di Tango Cafe Food & Coffee di Taman Melawati, Hulu Klang, baru-baru ini, penulis menikmatinya sambil pejam mata.

Makan dengan penuh jiwa! Kuahnya pekat, sedikit pedas dan ditambah aroma rempah ratusnya menaikkan selera, membuatkan pelanggan ingin datang lagi.

Siapa sangka, pemilik Tango Cafe, Norma Sulong, 51, yang mempunyai latar belakang pekerjaan sebagai perunding teknologi maklumat (IT), hebat di dapur. Beliau berpengalaman bertugas di di Perancis, United Kingdom (UK) dan Belanda.

Rupa-rupanya ketika mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Computer di The University of Georgia, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1986, beliau mempunyai pengalaman bekerja sambilan di sebuah restoran di sana selama satu tahun setengah.

Tanpa disedari timbul minat menguruskan perniagaan makanan, selain gemar merasai dan menyediakan hidangan istimewa dari negara yang pernah dilawatinya.

PEMILIK Tango Cafe, Norma Sulong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

NORMA memerhatikan petugasnya di Tango Cafe, Taman Melawati. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Nilai tambah resepi

"Saya timba pengalaman menyediakan semua jenis makanan dan gabungan resepi berkenaan bersama konsep yang saya fikirkan sesuai. Maka lahirlah Tango Cafe sejak Mei tahun lalu.

"Tango adalah tarian popular di Argentina. Tarian ini juga antara cabang komunikasi serta emosi pasangan atau keluarga hidup lebih harmoni dengan disulami hidangan istimewa," katanya.

Selain hidangan barat, Norma tidak lupa makanan tradisional Melayu yang popular. Semua orang boleh buat mi Jawa, tapi yang membuatkan hidangan kami istimewa kerana nilai tambah resepinya. Kita perlu berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain rasa dan kualiti, saya mementingkan peragaan hidangan itu.

Misalnya mi Jawa di kafe ini, telur ayam, sayur-sayuran dan bawang diasingkan, tidak dicampur kuah. Begitu juga lempeng, hidangan tradisional ini susah diperoleh, jadi permintaan memang tinggi.

"Harga makanan barat pula sangat berpatutan, tapi rasa dan peragaannya kelihatan mewah," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Kaunseling dari HELP University, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

TELUR ayam dan sayur tidak dicampur bersama kuah. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

INFO

Tango Cafe Food & Coffee

Alamat: No 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor

No telefon: 03 416 21431, 011 3623 9458

Facebook (FB): My Tango Cafe

Instagram (IG): @mytangocafe

Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam (setiap hari)

NORMA (tiga dari kiri) bersama suami dan pekerjanya di Tango Cafe, Taman Melawati. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

FAKTA

  • Kafe menerapkan konsep santai atau kekeluargaan merapatkan komunikasi.
  • Diilhamkan untuk mewujudkan suasana keluarga bahagia ketika menikmati hidangan supaya kehidupan lebih bermakna.
  • Menerapkan nilai perkhidmatan pelanggan dari dapur sehingga ke peringkat pengurusan, melayani tetamu sebagai kenalan rapat.
  • Menyediakan ruang bacaan, kemudahan Wi-Fi percuma serta perkhidmatan percetakan.
  • Lebih istimewa, kafe ini turut menyediakan ruang santai, pelanggan boleh meninggalkan anak seketika di sini sementara menyelesaikan urusan pejabat atau menunggu anak selesai kelas tambahan, ibu bapa sempat menjamu selera.

NORMA memerhatikan petugasnya di Tango Cafe, Taman Melawati. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Senarai harga makanan istimewa

  • RM7.90 - mi Jawa
  • RM7.90 - laksa kari
  • RM11.90 - sandwic salmon salai
  • RM16.90 - Spageti makanan laut aglio olio
  • RM25 - lamb shank dengan sayur panggang
  • RM7 - lempeng pisang/tepung/kelapa/jagung
Berita Harian X