Jumaat, 3 Jun 2016 | 8:53pm

Giggs ucap selamat tinggal kepada United


PEMBANTU jurulatih di bawah kendalian Louis Van Gaal, Ryan Giggs. - Sumber dailystar.co.uk

MANCHESTER: Ryan Giggs akan meninggalkan Manchester United untuk mencari peluang baharu dalam bidang pengurusan, menurut sumber seperti yang dilaporkan Sky Sports.

Giggs berada di United selama 29 tahun dan berkhidmat sebagai pengurus-pemain sementara ketika David Moyes dipecat pada 2014 selain turut menjadi pembantu jurulatih di bawah kendalian Louis Van Gaal.

Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang diumumkan sebagai penggati Van Gaal minggu lalu dikatakan akan membawa barisan pengurusannya sendiri ke Old Trafford dengan penolongnya, Rui Faria bakal mengambil posisi Giggs.

Pemain Wales itu kini sedang bercuti di Dubai dan bakal pulang ke England hujung minggu ini. -REUTERS

Berita Harian X