Khamis, 2 Jun 2016 | 10:03pm

Pemandu lori meninggal dunia akibat serangan jantung


MAYAT pemandu lori Hairol Amir Hat, di temui pada bahagian belakang lori di hadapan pasaraya di Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, Langkawi, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca

LANGKAWI: Seorang pemandu lori meninggal dunia ketika sedang memunggah barang di dalam kenderaannya di pekarangan sebuah pasar raya di Jalan Tanjung Rhu, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, berkata pihaknya mendapat maklumat Hairol Amir Hat, 33, ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terlentang di belakang lori, jam 12 tengah hari itu.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika memunggah muatan air kotak sebelum anggota polis yang tiba di tempat kejadian menghantarnya ke Hospital Langkawi.

"Bedah siasat yang dilakukan, mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

16 dibaca
Berita Harian X