Rabu, 5 November 2014 | 10:07pm
KES buli di dalam asrama.

Polis Perlis sahkan klip video dera kes lama

KANGAR: Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

"Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit.

"Kita memang ada terima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mengenai kejadian itu sebelum ini dan siasatan juga sudah dijalankan... kes juga sudah dianggap selesai," katanya.

Berita Harian X