Sabtu, 28 Mei 2016 | 4:41pm

Datin Mastura diumum calon BN PRK Kuala Kangsar


BALU Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid. - Foto Shahril Badri Saali

KUALA KANGSAR: Balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, bulan depan.

Pemilihan Mastura, 55, diumumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Bilik Gerakan BN PRK P067 Kuala Kangsar di Safari Resort di sini, sebentar tadi.

Turut hadir pada Majlis Pengenalan Calon BN adalah Pengarah Pilihan Raya BN PRK 067 Kuala Kangsar yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta pemimpin parti komponen lain.

Berita Harian X