Sabtu, 28 Mei 2016 | 3:30pm

Zidane percaya Ronaldo ungguli final Liga Juara-Juara


PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo. - Foto EPA

MILAN: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menjangkakan Cristiano Ronaldo mampu mengungguli pentas final Liga Juara-Juara sekali gus membantu pasukannya mengatasi Atletico Madrid, awal pagi esok waktu Malaysia.

Pada Selasa lalu, penyerang Real ini membimbangkan penyokongnya apabila diketepikan daripada sesi latihan, namun kini dilihat semakin cergas dan bersedia mengatasi rekod 17 jaringan terbanyak dalam satu musim di Liga Juara-Juara miliknya.

"Dia sudah 100 peratus cergas dan dia akan bermain di final Liga Juara-Juara, mengungguli saingan" kata Zidane yang muncul buat kali pertama di pentas final Liga Juara-Juara selaku jurulatih.

Ketika karier sebagai pemain, Zidane atau Zizou pernah membantu pasukannya menewaskan Bayer Leverkusen 2-1 di Glasgow pada tahun 2002, bagi mengatasi pencapaian naib juara sebanyak dua kali berturut-turut pada 1997 dan 1998.

Dan legenda bola sepak Perancis itu pasti meletak harapan tinggi untuk mencipta pencapaian pertama dalam karier baharunya itu.

"Apabila perlawanan bermula, saya sedikit tekanan tetapi itu adalah sebahagian daripada tugas dan saya menyukainya," kata Zidane.

"Saya mempunyai pengalaman sebagai pemain tetapi selaku jurulatih pastinya ia sesuatu yang amat berbeza sama sekali." - AFP

Berita Harian X