Rabu, 5 November 2014 | 2:10pm

Federer, Wawrinka ketuai skuad final Piala Davis Switzerland

PARIS: Pemain tenis nombor dua dan empat dunia, Roger Federer dan Stan Wawrinka terus menjadi pertaruhan Switzerland pada pertembungan final Piala Davis menentang Perancis, bulan ini.

Gandingan itu akan disertai dua lagi pemain, Marco Chiudinelli dan Michael Lammer pada kejohanan yang berlangsung pada 21 hingga 23 November ini.

Kapten pasukan Switzerland, Severin Luthi mengumumkan perkara itu.

Acara perseorangan Switzerland akan diketuai Federer yang tumbang di suku akhir Paris Masters kepada bintang Kanada, Milos Raonic selain Wawrinka yang mengejutkan ramai dengan memenangi gelaran Grand Slam pertama di Terbuka Australia.

Chiudinelli dan Lammer yang beraksi dalam acara beregu bermain sejak pusingan pertama sebelum tempat itu diisi Federer dan Wawrinka pada aksi suku akhir.

Begitupun pada aksi separuh akhir menentang Itali, Chiudinelli yang bergandingan bersama Wawrinka tewas dalam perlawanan lima set kepada Simone Bolelli dan Fabio Fognini.

Perlawanan final berlangsung di gelanggang tanah liat di Arena Villeneuve-d'Ascq, Perancis. - AFP

Berita Harian X