Sabtu, 28 Mei 2016 | 12:02am
Cef Ashar Daud menunjukkan bagaimana memasak kek udang cincang dengan wasabi losyen di Vivatel Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Cef Ashar Daud menunjukkan cara memasak kek udang cincang dengan wasabi losyen di Vivatel Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Kek udang cincang ringkas, sesuai untuk kanak-kanak


Cef Eksekutif , Vivatel Kuala Lumpur, Cef Ashar Daud menunjukkan kek udang cincang dengan losyen wasabi di Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

OTAK-OTAK adalah isi ikan yang digaul bersama rempah lalu dipanggang atas arang. Hidangan makanan ringan ini popular di Terengganu, Johor, Pahang dan juga Indonesia.

Jika anda biasa dengan juadah popular itu, pasti tidak hairan sekiranya ada otak-otak diperbuat daripada isi udang yang dicincang.

   

Mempelbagaikan resipi udang, Cef Eksekutif, Vivatel Kuala Lumpur, Cef Ashar Daud menghasilkan juadah mirip otak-otak, namun dibentuk menjadi kek kecil yang sesuai dimakan semua peringkat usia.

 

Mudah pelbagaikan resipi

Cef Ashar berkata, penggunaan udang atau makanan laut dalam resipi, lebih mudah dan baik untuk kepentingan serta kesihatan tubuh.

"Penyediaan resipi udang yang mudah, sesuai disediakan untuk minum petang bersama keluarga dan rakan. Tidak perlu menjamu hidangan berat ketika minum petang. Memadai dengan menyediakan menu ringkas supaya tidak terlalu kenyang seperti resipi kek udang cincang ini," katanya ketika ditemui AURA, baru-baru ini.


Kek udang cincang dengan losyen wasabi di Vivatel Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Katanya, hidangan udang juga bagus untuk kanak-kanak, malahan penyediaan ringkas resipi ini boleh dipelajari mereka jika ada masa lapang.

   

"Udang bagus dimakan sebagai sumber tenaga dan nutrisi bagi membantu pertumbuhan kanak-kanak. Dengan mengamalkan pemakanan udang secara teratur, ia dapat membantu meningkatkan tenaga setiap hari kerana kaya dengan zat besi," katanya.

Dengan adanya khasiat yang banyak pada udang, minggu ini Aroma Kulinari berkongsi resipi kek udang cincang. Hidangan ini sesuai dimakan kanak-kanak dalam membantu tumbesaran mereka.

Kek udang cincang

Bahan:

100gram (g) udang cincang

10g bawang merah (cincang halus)

10g daun parsli (dicincang)

5g serbuk cili

2 sudu tepung

10g bawang putih (cincang halus)

10g daun selasih (dicincang)

1 biji telur

Garam dan lada sebagai perasa


Cef Ashar Daud menunjukkan bagaimana memasak kek udang cincang dengan wasabi losyen di Vivatel Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

 

Bahan sos wasabi:

80g serbuk kentang lenyek

20g mayonis

10g serbuk wasabi

20 mililiter (ml) susu segar

10g kiub mentega tanpa garam

Garam dan lada sebagai perasa


Cef Ashar Daud menunjukkan cara memasak kek udang cincang dengan wasabi losyen di Vivatel Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Cara menyediakan kek:

1. Gaul semua bahan bersama.

2. Masukkan garam dan serbuk perasa.

3. Bentukkan menjadi bulat seperti daging burger mini.

4. Goreng secara perlahan-lahan sehingga masak.

 

Cara menyediakan sos:

1. Panaskan susu segar sehingga mendidih dan tambah serbuk kentang untuk menghasilkan kentang lenyek.

2. Masukkan serbuk wasabi diikuti mayonis.

3. Gaul perlahan-lahan bersama mentega tanpa garam supaya menghasilkan tekstur lembut.

4. Masukkan garam dan lada secukupnya.


Cef Ashar Daud menunjukkan cara memasak kek udang cincang dengan wasabi losyen di Vivatel Kuala Lumpur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Cara menghias:

1. Calitkan sos wasabi di atas pinggan.

2. Letakkan kek udang cincang.

3. Hias dengan salsa tomato jagung.

4. Beri sentuhan terakhir dengan meletakkan salad lobak merah.

 

INFO: 10 manfaat udang
* Mencegah kanser
* Menjaga kesihatan rambut, kulit dan kuku
* Mencegah anemia
* Meningkatkan tenaga
* Menguatkan tulang
* Membantu memproses lemak
* Mengurangkan tekanan
* Menyihatkan saluran prostat
* Menjaga kesihatan kelenjar tiroid
* Menstabilkan kadar gula dalam darah.

Berita Harian X