Jumaat, 27 Mei 2016 | 4:48pm

Man United umum Jose Mourinho pengurus baharu

MANCHESTER United hari ini mengumumkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu kelab itu.

LONDON: Manchester United hari ini mengumumkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu kelab itu.

Pengurus Portugal berusia 53 tahun itu menggantikan Louis van Gaal yang ditamatkan khidmatnya selama dua tahun, Isnin lalu, dua hari selepas mendakap kejuaraan Piala FA.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Mourinho yang digelar 'Special One' mengikat kontrak selama setahun namun diberi pilihan untuk terus bersama kelab itu untuk tempoh sehingga tahun 2020.

Mourinho sebelum ini pernah dipecat oleh Chelsea pada Disember tahun lalu. Sebelum ini dia pernah membimbing Porto, Inter Milan dan Real Madrid.

"Untuk menjadi pengurus Manchester United adalah satu penghormatan istimewa. Ia sebuah kelab yang ternama dan dipuja seluruh dunia," kata Mourinho. - Reuters

Berita Harian X