Khamis, 26 Mei 2016 | 8:59pm
Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mencari mangsa lemas dua orang kanak kanak terjatuh kedalam parit kejadian di parit 4, jalan Sungai Panjang. - Foto ihsan Bomba

Dua sahabat lemas dalam parit


Dua mangsa lemas kanak kanak ditemui di parit 4, jalan Sungai Panjang. - Foto ihsan Bomba

SUNGAI BESAR: Dua remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke parit di Jalan Parit 4 1/2 Sungai Panjang, Sungai Besar, petang tadi. 

Dalam kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang bermain di sekitar kawasan itu, sebelum terjatuh ke parit.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar berkata, lapan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. 

"Mayat mangsa pertama ditemui jam 5.50 petang, manakala mangsa kedua kira-kira tiga minit kemudian. 

"Operasi menyelamat turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta orang ramai," katanya.

Berita Harian X