Isnin, 23 Mei 2016 | 11:40pm

Piala Malaysia: Tiada istilah kumpulan maut

KUALA LUMPUR: Undian Piala Malaysia yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama sebentar tadi dilihat seimbang antara keempat-empat kumpulan.

Tiada istilah kumpulan maut atau mudah tetapi bagi pasukan pilihan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan juara 33 kali serta juara bertahan, Selangor sudah tentu undian kali ini memainkan peranan dalam saingan kali ini.

Kumpulan A menyaksikan Terengganu FC (TFC) II, Kedah, Sarawak dan JDT II diundi bersama, manakala Kumpulan B menampilkan Selangor, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur.

Saingan Kumpulan C pula mengumpulkan JDT, PDRM, Perak dan PKNS manakala Kumpulan D dibarisi FELDA United, Terengganu Melaka United dan Negeri Sembilan.

Berita Harian X