Isnin, 23 Mei 2016 | 8:27pm

Van Gaal: Manchester United belum keluar kenyataan rasmi

LOUIS van Gaal dan Jose Mourinho. - Foto AFP

LONDON: Masa depan pengendali Manchester United, Louis van Gaal masih menjadi teka teki dengan kelab belum membuat sebarang kenyataan rasmi berkenaan situasi itu.

Spekulasi berkenaan pemecatan Van Gaal tersebar selepas beberapa media utama di Britain melaporkannya petang tadi, disusuli berita Manchester bakal mengumumkannya secara rasmi pada jam 7 malam ini.

Ia berikutan kehadiran pengendali dari Belanda itu di padang latihan kelab, namun sehingga sebentar tadi masih belum ada sebarang pengumuman dari United yang juga tidak mengesahkan sama ada akan membincangkan kedudukan Van Gaal.

Selepas kejayaan Van Gaal menjulang Piala FA bersama United, dia dilaporkan akan tetap ditamatkan kontraknya setahun lebih awal kerana prestasi kurang memberangsangkan dalam saingan liga.

Tempatnya akan diambil alih bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho yang ditamatkan kontraknya di Stamford Bridge pada Disember tahun lalu. - Reuters

Berita Harian X