Khamis, 19 Mei 2016 | 3:29pm

Anderson Thunderbolts pilihan ungguli Liga Hoki Perdana TNB Perak 2016

IPOH: Anderson Thunderbolts dijangka mengungguli Liga Hoki Perdana TNB Perak 2016 bermula Sabtu ini.  

Pasukan Sekolah Menengah Anderson Ipoh itu yang layak ke separuh akhir Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2016 baru lalu diletak dalam kumpulan A kategori terbuka itu yang disertai 16 pasukan. 

Kelab Hoki Kampar, UTP Panthers dan Ipoh Lads HC adalah pencabar lain dalam kumpulan itu. 

Begitupun Anderson dijangka diberi tentangan oleh Majlis Bandaraya Ipoh, Navy Dolphin, Persatuan Hoki Batang Padang dan TUDM Ipoh malah Anderson turut menampilkan pasukan keduanya - Anderson Tigers dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 itu.

Naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000.  

Sebanyak 41 pasukan akan berentap dalam liga anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tajaan  Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu. 

Turut dipertandingkan ialah kategori Super (B-17) dan Wanita. 

Berita Harian X