Isnin, 16 Mei 2016 | 11:04am

BH turut hargai jasa guru

KUANTAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, di sini,  bertuah kerana menerima penghargaan daripada BH sempena Sambutan Hari Guru, sebentar tadi. 

SK Indera Mahkota Utama yang diwakili Guru Penolong Kanan (GPK) 1, Nor Ashikin Mansor menerima kek dan sijil penghargaan daripada Pengurus  Jualan Akhbar  dan Pengedaran The New Straits Times Press (NSTP) Pahang, Hasrudin Hashim. 

Nor Ashikin ketika ditemui berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada BH  dan ia adalah satu penghargaan kepada pihak sekolah. 

Katanya, sudah lima tahun SK Indera Mahkota Utama menggunakan akhbar sisipan DIDIK BH sebagai bahan ulangkaji untuk murid.

"Kita melanggan DIDIK setiap minggu untuk murid Tahun 4, 5 dan 6. Sisipan Didik ini menjadi alat pengajaran tambahan dan banyak membantu meningkatkan pembelajaran murid untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  (UPSR)," katanya.  

Beliau berkata,  pelbagai acara diadakan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah berkenaan termasuk  nyanyian lagu, bacaan ikrar, potong kek dan penyampaian hadiah kepada guru.

Berita Harian X