Ahad, 15 Mei 2016 | 4:19pm

Sultan Johor julang piala, rai bersama 5,000 penyokong

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang juga pemilik kelab pasukan Johor Darul Takzim (JDT) meraikan kemenangan JDT dakap Piala FA pada majlis meraikan kemenangan sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan, Segamat. Turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (berdiri enam dari kanan). - Foto Syarafiq Abd Samad

SEGAMAT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat ke majlis sambutan meraikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama lebih 5,000 hadirin.

Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, yang tiba kira-kira jam 3 petang di Taman Yayasan di sini. disambut semua pemain JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang juga pemilik kelab pasukan Johor Darul Takzim (JDT) meraikan kemenangan JDT dakap Piala FA pada majlis meraikan kemenangan sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan, Segamat. Turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (berdiri enam dari kanan). - Foto Syarafiq Abd Samad

Turut berangkat, putera dan puteri Baginda.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Johor yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dan barisan EXCO.

Sultan Ibrahim kemudian menjulang Piala FA sambil disaksikan pemain JDT sebelum menjulangnya bersama Tunku Ismail dan disahut dengan sorakan hadirin.

Program di lokasi terakhir hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 itu diteruskan dengan majlis santapan.

Berita Harian X