Ahad, 15 Mei 2016 | 2:54pm

7 kuarters kakitangan KTMB terbakar


Tujuh kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Megat Harun, Bukit Mertajam musnah dalam kejadian kebakaran hari ini. - Foto ihsan Pembaca

BUKIT MERTAJAM: Tujuh kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Megat Harun di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Kejadian jam 10.30 pagi itu memusnahkan hampir 90 peratus kuarters berkenaan tetapi tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian bersama 15 anggota dari Balai Perda.

"Kebakaran memusnahkan sebahagian besar tujuh rumah kakitangan KTMB. Api dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.30 pagi manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Berita Harian X