Sabtu, 14 Mei 2016 | 12:34pm

PAN tolak gesaan PAS

PASIR PUTEH: Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan PAS supaya parti dalam Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PAN, Mohammad Sabu, berkata PH tetap meletakkan calon pada PRK di dua kerusi berkenaan.

"PAN tidak akan memberi laluan kepada PAS. Siapa PAS... dia bukan sekutu kita," katanya ketika ditemui pada majlis makan malam PAN di sini, lewat malam tadi.

Yang turut hadir, Penasihat Umum PAN, Datuk Ahmad Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Dengan keputusan itu, PAN menolak gesaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam yang dilaporkan meminta parti pembangkang dalam PH memberi laluan kepada PAS pada kedua-dua PRK yang akan diadakan 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Berita Harian X