Sabtu, 14 Mei 2016 | 7:58am

Tiada 'hitam putih' Mourinho ganti Van Gaal


LOUIS van Gaal dan Jose Mourinho. - Foto Reuters

LONDON: Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho tidak mempunyai perjanjian untuk mengambil alih Manchester United, memetik laporan sumber yang enggan dinamakan kepada stesen televisyen Sky Sports, semalam.

Pengendali berusia 53 tahun dari Portugal itu sudah menjadi pilihan syarikat perjudian Britain sejak dari awal untuk menggantikan Louis van Gaal di Old Trafford.

Mourinho yang pernah membimbing Real Madrid, Inter Milan dan Porto, tidak bertugas sejak dipecat Chelsea, untuk kali kedua sepanjang kariernya ketika juara musim lalu itu berada satu mata di atas zon penyingkiran pada Disember lalu.

Van Gaal semalam berkata, dia menjangkakan untuk menghabiskan baki kontraknya sehingga akhir musim depan selepas mengikatnya sejak 2014.

"Saya berasakan saya perlu terus kekal di sini, itu pandangan saya...jadi pengurusan perlu membuat keputusan jika ia perlu sebegitu," kata pengendali dari Belanda itu. - REUTERS

Berita Harian X