Khamis, 12 Mei 2016 | 9:16am

1 maut, kereta dirempuh lori


Mayat mangsa diletakkan di sebelah keretanya yang dirempuh lori di Jalan Serian-Sri Aman, malam tadi. - Foto ihsan Bomba

SERIAN: Seorang lelaki maut selepas PROTON Waja dipandunya dirempuh lori di Sabal Apang, Jalan Serian-Sri Aman, malam tadi.

Bernard Laura Pit Ching, 28, yang tersepit di tempat duduk, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 9.45 malam.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 9.56 malam.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan tetapi disahkan meninggal dunia oleh paramedik," katanya.

Berita Harian X