Rabu, 11 Mei 2016 | 11:26pm

500 hadir tahlil Ahli Parlimen Kuala Kangsar


ANTARA tetamu yang hadir pada majlis tahlil Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di kediamannya di Ampang.

AMPANG: Lebih 500 tetamu hadir pada majlis tahlil Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di kediamannya di sini, malam ini.

Majlis bermula kira-kira jam 8.30 malam itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan diikuti dengan bacaan tahlil oleh rakan dan jiran Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Antara yang turut hadir termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Wan Mohammad Khair-il Anuar adalah antara enam mangsa nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Mastura Mohd Yazid, 54, bersama empat anak, Wan Emir Astar, 26; Wan Imar Izzat, 25; Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19.

Berita Harian X