Isnin, 9 Mei 2016 | 12:58am
ANTARA barisan pelakon dan produksi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN silat pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori
PENGIRING atau penyambut tetamu pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN tarian pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori
SEBAHAGIAN besar daripada pelakon untuk aksi pertempuran ambil daripada pesilat PSSPGM. - Foto Ghazali Kori
PERTUBUHAN Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) dipilih bagi menjadi tenaga pengajar silat kepada pelakon. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN silat pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN silat pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori
PERSEMBAHAN silat pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori
PELAKON Putera Makasar, Shamputra Lekir. - Foto Ghazali Kori

Putera Makasar bakal jadi filem termahal

KUALA LUMPUR: Filem mengenai sejarah pertembungan Daeng lima bersaudara dari Bugis yang merampas kembali pemerintahan Johor daripada Raja Kecil pada sekitar tahun 1722 bakal menjadi yang termahal dalam era perfileman moden negara apabila dijangka menelan belanja lebih RM20 juta.

Dengan tajuk "Putera Makasar Mahkota Bugis", filem arahan Ghaz Abu Bakar itu bukan saja mengangkat sejarah kepahlawanan Melayu dari Bugis tetapi menjanjikan kupasan sejarah padat mengenai kehebatan lima Daeng itu.

Bagi menyajikan kepuasan kepada penonton, filem epik penuh aksi itu digarap supaya 80 peratus daripada plot filem itu dipenuhi dengan aksi pertempuran dan konflik membabitkan Raja Kecil iaitu Sultan Johor ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan Daeng lima bersaudara.

PERSEMBAHAN silat pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori

Penerbit filem epik itu, Asmadie Mokhadar, berkata kos pembikinan filem itu mungkin melebihi RM20 juta jika diambil kira set dan latar belakang filem itu yang berkonsepkan abad ke-17, selain belanja promosinya ke beberapa negara lain.

Malah, katanya, pelakon untuk filem ini perlu mengikuti kelas silat khas selama tiga bulan di bawah kendalian guru silat, Jebat Abdul Majid, bagi membolehkan menguasai ilmu persilatan seperti yang dibawa oleh pahlawan Bugis.

"Kami memilih Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), yang berpusat di Gurun, Kedah untuk menjadi tenaga pengajar silat kepada pelakon sekali gus melantik Jebat sebagai pengarah aksi.

PENGARAH, Ghaz Abu Bakar. - Foto Ghazali Kori

PENERBIT, Asmadie Mokhadar. - Foto Ghazali Kori

"Pusaka Gayong mempunyai hubungan dan perkaitan sangat rapat dengan sejarah Bugis di negara ini. Seni persilatannya juga sesuai untuk kita masukkan dalam filem ini. Kerana itu, sebahagian besar daripada pelakon untuk aksi pertempuran akan kita ambil daripada pesilat PSSPGM.

 

"Sumber rujukan filem itu yang diambil daripada teks 'Tuhfat al-Nafis' berkisarkan sejarah pengembaraan lima pahlawan dari Makassar, Indonesia ke Tanah Melayu untuk membantu Kesultanan Johor yang mengalami masalah rampasan kuasa," katanya.

Menurut Ghaz, beliau terpaksa mengolah semula skrip sedia ada supaya lebih padat selain memasukkan elemen komersial dan pada masa sama tidak mengganggu sejarah sebenar kisah kerajaan Johor itu.

"Belum pun memulakan penggambaran, saya sudah nampak pelbagai masalah. Pembikinan filem ini bukan mudah kerana membabitkan set lama. Pemilihan pelakon juga bukan mudah kerana mereka perlu mahir bersilat, namun saya yakin dengan barisan pelakon yang ada kerana selain melengkapi watak yang diperlukan, mereka juga ada nilai komersial.

PERSEMBAHAN silat pada Majlis Pelancaran dan Sidang akhbar serta Penyampaian Cek Replika bagi Filem Putera Makasar Mahkota Bugis di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori

"Untuk mengurangkan kos dan memendekkan durasi filem ini, saya olah semula skrip yang ada dengan terus ke bahagian yang mana Raja Kecil sudah menguasai Johor dan pertembungan dengan Daeng berlima sehingga akhirnya pemerintahan negeri itu berjaya dirampas kembali," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem itu baru-baru ini.

Berdasarkan sejarah, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kamasi adalah lima bersaudara dari Bugis yang dihantar untuk menentang Raja Kecil, malah menjadi antara individu penting dalam sejarah kesultanan Melayu di negara ini.

Malah, mereka juga yang mengembangkan ilmu silat Gayong di negara ini sehingga menjadi antara pertubuhan silat terbesar dan mempunyai puluhan ribu ahli.

SHAHEIZY Sam, Izara Aishah dan Adi Putra antara gandingan Putera Makasar Mahkota Bugis.

"Beberapa watak penting sebagai Daeng lima bersaudara akan dipegang oleh beberapa jurulatih kanan pertubuhan silat itu yang sebelum ini pernah menggegarkan dunia perfileman dalam drama bersiri persilatan iaitu Semutar Hitam," katanya yang akan turut memegang watak penting dalam filem itu.

Paling utama, gandingan pesilat hebat dari utara tanah air itu bakal diperhebat dengan barisan pelakon mantap seperti Shaheizy Sam, Adi Putra, Izara Aishah, Wan Raja dan Syafiq Kyle, yang mana Shaheizy akan memegang watak sebagai Raja Kecil, selain penampilan khas beberapa tokoh lama dalam dunia persilatan.

Memulakan penggambaran pada hujung bulan ini, filem ini dijangka menemui penonton pada 31 Ogos 2017 dengan mensasarkan beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan China sebagai lokasi tayangan.

 

Berita Harian X