Ahad, 8 Mei 2016 | 1:34pm
KLOPP masih belum pasti mahu menjadikan Sturridge sebagai penyerang utama Liverpool musim depan. - Foto Reuters

Arsenal sedia labur RM173.1j untuk dapatkan Sturridge

LONDON: Arsenal bakal menamatkan pencarian penyerang bertaraf dunia apabila dilapor sudah bersedia untuk mengemukakan tawaran bernilai 30 juta pound (RM173.1 juta) bagi mendapat khidmat penyerang Liverpool, Daniel Sturridge.

Ia susulan berita mengenai pengurus The Reds, Jurgen Klopp yang masih belum pasti mahu menjadikan Sturridge sebagai penyerang utama kelab itu musim depan.

Masa depan Sturridge menjadi tanda tanya apabila Klopp sekadar meletakkan dia di bangku simpanan ketika menentang Villarreal di El Madrigal dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa biarpun jaringan pemain itu pada aksi kedua membuktikan dia berhak berada dalam kesebelasan utama.

Liverpool meletakkan tanda harga sebanyak 30 juta pound (RM173.1 juta) untuk Sturridge tetapi rekod kecederaan yang sering menghantui pemain berusia 26 tahun itu kemungkinan besar menyaksikan nilainya berkurangan. - AGENSI

Berita Harian X