Ahad, 8 Mei 2016 | 9:21am

Djokovic temu Murray di final Madrid Master


DJOKOVIC (kanan) menewaskan Kei Nishikori 6-3, 7-6 (7-4), awal pagi tadi. - Foto Reuters

MADRID: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mengesahkan tiket ke final Masters Madrid menentang juara bertahan, Andy Murray selepas menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori 6-3, 7-6 (7-4), awal pagi tadi.

Murray, pemain pilihan kedua, mencatat kemenangan kedua dalam pertemuan menentang Rafael Nadal di gelanggang tanah liat apabila memperoleh kejayaan 7-5, 6-4.

Djokovic masih belum ketinggalan satu set pun di ibu negara Sepanyol itu minggu ini tetapi dia hampir terkena demam selsema berikutan cuaca berangin apabila terpaksa bekerja keras selepas ketinggalan 0-40 dalam set pertama dengan beberapa servis yang bagus.

Secara perlahan-lahan, pemain Serbia itu mula mendapat rentak dan melakukan break dalam permainan kelapan selepas pukulan kilas tersasar Nishikori diikuti servisnya yang keluar.

Djokovic dilihat mudah memastikan kemenangan selesa apabila dia mendahului 40-0 dalam set kedua 5-4, tetapi bintang Jepun itu menyelamatkan tiga mata perlawanan dan pada kali keempat dia melakukan break sebelum memaksa tiebreak.

Bagaimanapun pemain pilihan itu bangkit untuk 7-4 dan memastikan pertemuan pertama dengan Murray di final Masters gelanggang tanah liat.

Dalam perlawanan esok, Djokovic akan cuba menambah rekod kemenangan 22-9 menentang Murray, genap 10 tahun daripada pertemuan pertama mereka di pusingan ketiga Madrid.

"Prestasinya di gelanggang tanah liat meningkat dengan banyak dalam beberapa tahun terakhir ini," kata Djokovic.

"Saya rasa dia semakin baik dan bergerak dengan lebih baik di gelanggang. Dia kini semakin sabar. Dia memperoleh mata dengan lebih baik, yang mana adalah penting bagi permainan di tanah liat." - AFP

Berita Harian X