Jumaat, 6 Mei 2016 | 12:00am

Miliki bulu mata cantik


MASKARA membantu mencantikkan bulu mata.

MATA yang cantik, besar ditambah pula bulu mata panjang dan menawan, menjadi idaman wanita kerana ia menjadi penghubung komunikasi antara dua orang secara tidak langsung. Lalu, timbullah pepatah dari mata, turun ke hati kerana terpesona dengan kecantikan mata yang tidak dapat digambarkan.

Bagi menambahkan pesona pada pancaindera penglihatan, tidak hairanlah pelbagai jenis bentuk dan fungsi maskara wujud di pasaran dengan menggambarkan model yang sekali dilihat, menarik perhatian wanita untuk mencuba dan membelinya.

Bagaimanapun, wanita jangan keliru kerana kebanyakan model yang memakai produk maskara itu, ada kemungkinan mereka turut mengenakan bulu mata palsu, bukan sekadar maskara saja. Disebabkan itu anda tidak mendapat keputusan seperti yang digambarkan itu.


TETAPKAN pilihan sama ada maskara hitam atau coklat walaupun pelbagai warna muncul di pasaran.

Boleh panjangkan bulu mata

Mencari maskara yang sesuai dan terbaik tidak semudah itu. Ada kalanya maskara yang dibeli mengelupas dan tidak melekat, tetapi ada boleh membantu memanjangkan bulu mata, namun ada la ngsu ng t ida k berkesan. Bahkan, anda juga memerlukan teknik tepat bagaimana untuk aplikasi maskara dengan cara yang betul.

Info berikut menunjukkan beberapa langkah yang boleh dilakukan supaya anda dapat memiliki bulu mata yang cantik dan menawan.


ANDA memerlukan teknik tepat bagaimana untuk aplikasi maskara dengan cara yang betul.

INFO

Perkara boleh dilakukan

  • Bagi tujuan keselamatan dan kebersihan, jangan memakai maskara yang sudah digunakan oleh pelanggan terdahulu. Apa yang perlu dilakukan hanya pilih produk yang benar-benar sesuai untuk anda.
  • Tetapkan pilihan sama ada maskara hitam atau coklat walaupun pelbagai warna muncul di pasaran. Maskara berwarna warni ini dikatakan tidak sofistikated dan tidak memberi yang terbaik untuk bulu mata.
  • Maskara digunakan selepas pembayang mata dan celak kerana ia dapat membantu anda supaya tidak keterlaluan dan mengimbangi mekap. Jika digunakan sebelum, ia akan menjadikan maskara anda tidak sekata apabila disapu.
  • Jika ada tompokan pada maskara, tunggu sehingga ia kering dan sapu dengan perlahan-lahan menggunakan kapas. Jika perlu, sapukan sedikit mekap di bahagian yang terjejas.
  • Cuci berus mata selepas beberapa kali digunakan supaya maskara yang terlekat di berus sebelum ini dapat ditanggalkan.
  • Sapukan maskara secara bertingkat-tingkat. Mulakan dua atau tiga kali di kedua-dua mata secara selang-seli supaya bulu mata lebih lentik. Jangan keterlaluan kerana ia akan membuatkan bulu mata anda berserabut dan terlalu tebal.
Berita Harian X