Khamis, 5 Mei 2016 | 12:00pm

Jenazah Kartunis Zoy selamat dikebumikan


ISTERI Allahyarham Mohd Zohri Sukimi, Noraini Kassim (kanan) menabur bunga di pusara suaminya yang juga bekas Ketua Unit Grafik BH di tanah Perkuburan Islam Sijangkang, hari ini. - Foto Muhammad Sulaiman

BANTING: Jenazah bekas Ketua Unit Grafik BH, Mohd Zohri Sukimi, 57, yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sijangkang, di sini, pada jam 10.30 pagi.

Beliau yang juga seorang kartunis terkenal dengan nama Zoy meninggal dunia pada jam 4 pagi, selepas hampir sebulan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana masalah usus.

Jenazah Allahyarham tiba di rumahnya di Kampung Batu 8, Sijangkang pada jam 8.30 pagi, sebelum dibawa ke tanah perkuburan dengan diiringi keluarga serta teman rapat.

Yang turut hadir ialah Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

Zoy terkenal dengan kartunnya bertajuk Si Takluk Jagat Lawan Si Sapu Angin, ilustrasi yang berlatar belakangkan persilatan yang diterbitkan setiap Ahad.

Beliau meninggalkan seorang isteri serta empat anak.

81 dibaca
Berita Harian X