Sabtu, 1 November 2014 | 5:29pm
Steven Gerrard. - Foto Reuters

Gerrard sedia berpisah dengan Liverpool jika kontrak tidak disambung

LONDON: Steven Gerrard membuat pengakuan bahawa dia sedia untuk meninggalkan Liverpool, musim panas ini dan beraksi untuk kelab lain jika The Reds tidak menyambung kontraknya.

Gerrard, 34, sudah membuat lebih 700 kemunculan untuk Liverpool dan pernah menolak tawaran daripada kelab lain untuk meninggalkan Anfield.

Namun, dengan kontrak kapten pasukan itu berakhir musim ini dan tiada apa-apa perbincangan baharu ketika ini, Gerrard memberi bayangan dia akan berpindah ke tempat lain tidak tiada perjanjian baharu.

"Saya hanya terikat dengan Liverpool sehingga Mei tahun depan," kata Gerrard.

"Saya akan berada di sini sehingga hujung musim dan mahu memanfaatkan sepenuhnya tempoh ini bersama Liverpool.

"Sudah pasti saya tidak akan bersara musim ini dan mahu bermain lagi. Kita kena tunggu dan melihat sama ada ia di Liverpool atau pun bersama pasukan lain."

Sukar memikirkan Liverpool tidak akan membuat tawaran tetapi ada juga perkhabaran Chelsea mungkin menjadi destinasinya ketika pernah ditawarkan sebelum ini oleh Jose Mourinho satu ketika dulu. - BBC Sports

Berita Harian X