Selasa, 3 Mei 2016 | 6:30pm
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terjatuh ke dalam lubang pembentungan di Jalan PJU 10/1 berhampirang sebuah kondominium di Petaling Jaya, sebentar tadi.

2 cedera kereta terjatuh dalam lubang 12 meter


KEADAAN kereta dinaiki seorang lelaki warga tua dan pembantu rumahnya yang terjatuh ke dalam lubang pembentungan di Jalan PJU 10/1 berhampirang sebuah kondominium di Petaling Jaya, sebentar tadi.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tua dan pembantu rumahnya cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam lubang pembentungan sedalam 12 meter dalam kejadian di Jalan PJU 10/1 berhampiran sebuah kondominium di sini, tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 2.07 petang sebelum lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

"Bomba yang tiba sembilan minit kemudian mendapati kereta jenis Toyota Vios berada di dalam lubang berkenaan dan terdapat seorang lelaki berusia 86 tahun dan seorang wanita warga Filipina berusia 30 tahun di dalamnya.

"Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Berita Harian X