Isnin, 2 Mei 2016 | 8:15pm

Kilang buat tuala terbakar


HAMPIR 20 jentera bomba bersama unit bantuan bomba sukarela dikejarkan ke lokasi kebakaran di kilang tuala di Jalan Bukit Teh di sini, sebentar tadi.

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kilang perusahaan tuala terbakar dalam kejadian di Jalan Bukit Teh, di sini, petang tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mengakibatkan kemusnahan sebahagian besar bangunan kilang terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kira-kira 20 jentera daripada unit bantuan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.01 petang.

"Ketika di lokasi, bomba mendapati api sedang marak dan memusnahkan struktur bangunan kilang, tuala dan jentera hingga mengakibatkan kepulan asap tebal.

"Api berjaya dikawal kira-kira jam 5.32 petang. Setakat ini, kerja mengawal kebakaran masih dilakukan, selain punca kejadian sedang dikenal pasti " katanya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita Harian X