Sabtu, 30 April 2016 | 12:01am
HOT Pot King. - Foto Nik Hariff Hassan
PEMILIK Restoran Hot Pot King, Taman Prima Sri Gombak, Selangor, Muhammad Zuraimi Muhammad Nasir Yeap.
ANTARA pilihan menu yang terdapat di Hot Pot King Steambot dan Grill. - Foto Zunnur al Shafiq

Makan sampai puas, harga berpatutan dan banyak pilihan


SUASANA Hot Pot King Steambot dan Gril yang terletak di Taman Prima Sri Gombak. - Foto Zunnur al Shafiq

PEMILIK Restoran Hot Pot King, Taman Prima Sri Gombak, Selangor, Muhammad Zuraimi Muhammad Nasir Yeap (kanan) dan abangnya Muhammad Zuhaili Muhammad Nasir Yeap. - Foto Nik Hariff Hassan

SOTONG segar atau aneka jenis ikan, udang, ketam, siput dan kepah yang sudah diperap dengan rempah sedia untuk dicelup dalam air panas.

Bukan sebarang air kerana anda boleh memilih pelbagai rasa mengikut selera sendiri sama ada asam pedas, tomyam, lada hitam atau sup ayam.

Selepas dicelur, kemudian cicah dengan sos dan makan panas-panas. Itulah nikmatnya makan stimbot.

Agak susah untuk mencari restoran stimbot di ibu negara yang menawarkan harga berpatutan, bersih dan halal serta suasana yang persekitaran selesa.

Restoran Hot Pot King Steambot & Grill di Prima Seri Gombak, mungkin dapat memberikan apa yang anda kehendaki. Tempatnya selesa dan anda boleh makan sepuas-puasnya dengan kadar harga berpatutan.

Selain makanan berasaskan sumber dari laut, di restoran ini anda boleh menikmati daging kambing, lembu dan ayam yang sudah diricih dan diperap dengan rempah. Pilihan hanya pada anda, sama ada mahu dicelur atau dipanggang (grill).

Jika kunjungan anda ke situ bersama kawan-kawan, bolehlah `berkampung' sambil menikmati juadah di restoran ini yang kerap sesak pada waktu malam terutama pada hujung minggu dan cuti umum.


MENU yang ada disediakan di Restoran Hot Pot King, Taman Prima Sri Gombak, Selangor. - Foto Nik Hariff Hassan


PELANGGAN yang memenuhi Hot Pot King Steambot dan Gril yang terletak di Taman Prima Sri Gombak. - Foto Zunnur al Shafiq

Sambutan pelanggan menggalakkan

Bagi penulis, Hot Pot King memang sesuai untuk mereka kaki makan atau sekumpulan individu yang kerap berkumpul dan duduk makan semeja sambil berborak atau berbincang sesuatu sama ada yang berkaitan dengan keluarga atau perniagaan.

Dalam kunjungan penulis ke situ, semua meja yang disediakan penuh dengan pelanggan, sama ada datang bersama keluarga atau kawan-kawan. Itu keistimewaan hidangan bufet stim bot dan grill di Restoran Hot Pot King, selain harga yang ditawarkan murah.

Pemiliknya, Muhammad Zuraimi Muhammad Nasir Yeap, 25, berkata, hidangan stim bot dan gril membezakan Restoran Hot Pot King dengan restoran stim bot lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Keputusan pihaknya menyediakan hidangan stim bot dan gril di restoran itu berikutan adunan dua hidangan berkenaan serasi dimakan bersama dan memberikan sensasi rasa berbeza.

Katanya, sebahagian besar bahan makanan yang kami sediakan di restoran ini, jarang atau mungkin tidak pernah disediakan di rumah.

"Itulah tarikan kami. Stim bot dimakan secara berkuah, manakala gril pula adalah hidangan yang dipanggang sedikit kering dan dimakan dengan sos.

"Biasanya, pelanggan akan cepat rasa jemu atau kenyang apabila kerap makan hidangan yang berkuah. Dengan adanya hidangan panggang ini akan dapat mengubah rasa, sekali gus keinginan makan, di kalangan pelanggan sentiasa ada," katanya.


HOT Pot King Steambot dan Gril yang terletak di Taman Prima Sri Gombak. - Foto Zunnur al Shafiq

RINGKAS Restoran Hot Pot King

* 4 jenis kuah stimbot

Asam pedas, sup ayam, kari dan tom yam

* 5 rencah hidangan panggang

Masala, paprik, berbeku, kicap dan lada hitam

* 20

Hidangan tambahan

INFO

G-57, Jalan Prima SG 3/1,

Taman Prima Sri Gombak,

68100, Batu Caves, Selangor

Cawangan pertama:

No B-15-G Jalan Serai Wangi K 16/K,

40200 Shah Alam, Selangor

Berita Harian X