Khamis, 28 April 2016 | 9:42am

Russia paling banyak kes doping sukan global

LONDON: Russia mendahului senarai kes gagal ujian doping dalam sukan global pada 2014, diikuti Itali dan India, kata Agensi Anti Doping Dunia (WADA) semalam.

Negara berkenaan yang mengambil bahagian dalam olahraga Sukan Olimpik Rio kini diragui berikutan skandal doping, merekodkan 148 daripada 1,693 kegagalan ujian, mengikut Laporan Pelanggaran Peraturan Anti-Doping WADA 2014.

Itali (123), India (96), Belgium (91), Perancis (91), Turki (73), Australia (49), China (49), Brazil (46) dan Korea Selatan (43) antara 10 teratas dalam senarai itu yang menggambarkan kesalahan doping serius dalam sukan global.

Bagaimanapun, jumlah gagal ujian di peringkat global menurun 13 peratus daripada 1,953 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Atlet olahraga dan bina badan mencatat pelanggaran paling tinggi yang mana masing-masing merekodkan 248 dan 225 kes, diikuti dengan atlet berbasikal, angkat berat, bola sepak, gusti, tinju, ragbi dan akuatik.

Laporan WADA menunjukkan statistik tahun akhir adalah mengikut Kod Anti-Doping Dunia 2009.

Laporan 2015 yang akan dikeluarkan pada tahun 2017 itu, mencerminkan keputusan semasa anti-doping di bawah kod 2015.

Russia perlu meyakinkan IAAF bahawa ia sudah mencapai kemajuan yang cukup dalam pembaharuan operasi anti doping untuk sukan itu dalam tempoh 5 hingga 21 Ogos sepanjang Olimpik Rio. - REUTERS

Berita Harian X