Rabu, 27 April 2016 | 3:08pm

Papua New Guinea tutup kem pencari suaka


KEM pencari suaka di Pulau Manus. - Foto AFP

SYDNEY: Papua New Guinea hari ini mengumumkan akan menutup kem pencari suaka di Pulau Manus dalam perkembangan yang dilihat mungkin mencetuskan kucar-kacir terhadap polisi perlindungan sempadan Australia.

Langkah itu dilakukan rentetan keputusan Mahkamah Agung, semalam yang mendapati penahanan pelarian dan pendatang di kemudahan ditaja Australia di Papua New Guinea sebagai bertentangan dengan perlembagaan dan haram.

"Sebagai menghormati perintah ini, Papua New Guinea akan meminta kerajaan Australia mencari alternatif pada kadar segera untuk pencari suaka yang ditahan di Pusat Pemprosesan Serantau," kata Perdana Menteri, Peter O'Neill dalam satu kenyataan.

Canberra dikritik antarabangsa kerana menghantar pencari suaka yang cuba masuk ke negara itu menerusi bot ke pusat pemprosesan terpencil di Pulau Manus atau Pulau Nauru, tanpa sebarang harapan untuk ditempatkan di Australia. - AFP

Berita Harian X