Isnin, 25 April 2016 | 9:23am
Sebahagian daripada penyokong Barisan Nasional DUN 03 Tanjong Datu mulai berkumpul di luar Dewan Masyarakat Lundu untuk menanti ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Calon BN DUN 03 Tanjong Datu, Tan Sri Adenan Satem. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Najib iringi Adenan ke pusat penamaan calon


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengiringi Ketua Menteri, Calon BN DUN 03 Tanjong Datu, Tan Sri Adenan Satem ke Pusat Penamaan Calon DUN Tanjung Datu di Dewan Masyarakat Lundu. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

LUNDU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua pemimpin ini turut disertai kumpulan kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) sebelum berarak ke pusat penamaan calon berkenaan.

Penyokong BN itu mula berkumpul seawal jam 7 pagi bagi sebagai tanda sokongan terhadap Adenan yang bakal mempertahankan kerusi DUN Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri kali ini.

Adenan yang mewakili kerusi DUN Tanjung Datu sejak dua penggal lalu bakal ditentang calon Parti Reformasi Sarawak (STAR), Mura Kadir dan Jazolkipli Numan (PKR).

Terdahulu, Najib dan Adenan berkesempatan menunaikan solat hajat di Masjid Daerah Lundu.

Berita Harian X