Jumaat, 22 April 2016 | 9:11pm
Bas Muafakat Johor 2016 perkhidmatan bas percuma. - Foto Azren Jamaludin
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (empat dari kanan) Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar (tiga dari kanan) dan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi (dua dari kanan) menaiki bas selepas merasmikan majlis pelancaran Perkhidmatan Bas Muafakat Johor 2016. - Foto Azren Jamaludin

Bas Muafakat Johor inisiatif kerajaan negeri bantu rakyat


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) bersama Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi (dua dari kiri) menyentuh papan sesentuh khas sebagai simbolik merasmikan majlis pelancaran Perkhidmatan Bas Muafakat Johor 2016, perkhidmatan bas percuma di bas stop Jalan Dato Onn, Johor Bahru. - Foto Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan bas percuma, Bas Muafakat Johor yang beroperasi sejak 1 April lalu, adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata perkhidmatan itu yang hanya disediakan kepada rakyat negari ini membabitkan 15 laluan berbeza di kawasan Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai. 

Beliau berkata, sebanyak 30 bas baharu terbabit dalam perkhidmatan berkenaan yang turut dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS), kamera litar tertutup (CCTV), sistem data pengguna dan kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi). 

"Bas Muafakat Johor bukannya usaha retorik kerajaan negeri, sebaliknya ia adalah antara pendekatan kita membantu rakyat yang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup, selain memudahkan mereka mendapat akses pengangkutan awam lebih cekap. 

"Menerusi perkhidmatan ini, kita juga mempromosikan sistem pengangkutan awam sebagai gaya hidup baharu, selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandaraya ini," katanya. 

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Bas Muafakat Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini, hari ini.

Berita Harian X