Jumaat, 22 April 2016 | 7:52am
AGENSI Anti-Doping Dunia (WADA).

Makmal anti-doping Beijing digantung 4 bulan - WADA

BEIJING: Makmal Kebangsaan Anti-Doping Beijing digantung maksimum sehingga empat bulan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) hari ini selepas gagal mengikut standard antarabangsa.

"Penggantungan ini yang berkuat kuasa serta merta, menghalang makmal berkenaan daripada melakukan sebarang aktiviti anti doping berkaitan WADA, termasuk semua analisis air kencing dan sampel," kata WADA dalam kenyataannya.

Makmal Beijing mempunyai 21 hari untuk merayu keputusan itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan.

WADA berkata, makmal berkenaan boleh merayu terhadap penggantungan itu sebelum tindakan empat bulan dan perlu mengikut lima langkah pemulihan digariskan Jawatankuasa Disiplin dan menyelesaikan "bukan-pematuhan."

Wada bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenainya. - REUTERS

Berita Harian X