Khamis, 21 April 2016 | 6:08pm

700 ular ditangkap Januari hingga Mac di Sabah


ANGGOTA JPAM menangkap ular tedung selar. - Foto hiasan

KOTA KINABALU: Hampir 700 ekor ular pelbagai spesies ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah dalam tempoh Januari hingga bulan lalu.

Pengarah JPAM Sabah, Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, berkata antara ular yang ditangkap itu ialah ular tedung dan ular sawa.

"Ular ini ditangkap di luar dan dalam bangunan... ada yang ditangkap di dalam bilik tidur, atas siling, dalam dapur, dalam mangkok tandas, dalam kenderaan, malah di dalam bonet (enjin) kereta pun ada," katanya.

Mulliadi tidak menolak kemungkinan yang perubahan cuaca atau habibat menyebabkan haiwan berbisa itu berkeliaran. - BERNAMA

Berita Harian X