Isnin, 18 April 2016 | 4:10pm

BN lengkapkan senarai 82 calon


Pengerusi Barisan Nasional Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bergambar bersama 82 calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 di Ibu pejabat PBB, Bako, Kuching. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

PETRA JAYA: Senarai 82 calon Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) lengkap dengan pengumuman tiga calon terakhir oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebentar tadi.

Adenan yang juga Pengerusi BN negeri mengumumkan bekas Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Datuk Dr Penguang Manggil untuk DUN Marudi manakala Datuk Harry Henry Jinep untuk kerusi DUN Tasik Biru.

Penguang dan Harry masing-masing bertanding mewakili Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Mengenai isu membabitkan seorang calon BN-SUPP yang mengkritik beliau berhubung pemilihan wakil Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebagai calon langsung BN, Adenan berkata, isu berkenaan sudah pun selesai.

"Saya berharap perkara itu (kritikan terbuka) tidak akan berulang," katanya.

Berita Harian X