Ahad, 17 April 2016 | 11:16pm

23 militia Kurdis maut di Turki

DIYARBAKIR: Angkatan bersenjata Turki membunuh 23 pejuang Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dalam pertempuran terbaru di timur negara itu termasuk tiga militan yang maut dalam serangan udara, kata ketua turus kakitangan tentera semalam.

Sumber keselamatan berkata, jet pejuang dan helikopter melepaskan tembakan di kawasan pergunungan, hutan di timur wilayah Tunceli selepas dron tentera menemui sekumpulan kira-kira 20 pemberontak PKK di sana Jumaat lalu.

Kenyataan angkatan bersenjata berkata, tiga militan maut dalam serangan udara.

Ribuan militan dan beratus orang awam serta anggota tentera terbunuh sejak PKK meneruskan tentangan untuk autonomi Kurdis musim panas lalu, menamatkan gencatan senjata dua setengah tahun selain memusnahkan usaha damai.

Pesawat perang Turki kerap menyasarkan PKK sejak konflik bermula, terutama mengenai pangkalan kumpulan itu di utara Iraq. -Reuters

Berita Harian X