Sabtu, 16 April 2016 | 11:46pm

Australia juara hoki Piala Sultan Azlan Shah


PASUKAN Australia meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25 di Stadium Azlan Shah, malam ini. - Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Australia menjuarai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25 selepas membelasah India 4-0 pada perlawanan akhir di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam ini. 

Kejuaraan ini adalah yang kesembilan buat skuad Kookaburras selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2014. 

Malah tahun lalu anak buah Graham Reid dikecewakan oleh New Zealand dalam final melalui penentuan penalti. 

Begitupun, kemenangan tidak mudah buat Australia yang terpaksa menunggu selama 20 minit sebelum berjaya merobek gol India melalui pukulan sudut penalti pemain terbaik perlawanan akhir Thomas Craig pada minit ke-25. 

Graig sekali lagi menjadi pemusnah India 10 minit kemudian, diikuti jaringan Matt Gohdes pada m-43 dan ke-57 untuk melengkapkan kemenangan skuad Down Under itu. 

Australia turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan melalui Blake Govers. 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menyampaikan hadiah  kepada Australia manakala trofi naib juara disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Berita Harian X