Sabtu, 16 April 2016 | 7:12pm
PUALAU Nauru di Pasifik. - Foto AFP

Pelarian disabit kesalahan cuba bunuh diri di Nauru

SYDNEY: Seorang pelarian disabitkan dengan cubaan membunuh diri selepas dipindahkan dari sebuah kem tahanan yang dibiayai Australia di pulau Nauru di Pasifik, keputusan yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Pendakwa menuntut hukuman penjara satu hingga dua bulan, dengan alasan tindakan tegas perlu diambil bagi menghalang mereka yang cuba mencederakan diri "untuk mendapatkan apa yang mereka mahu" tetapi beliau sebaliknya dilaporkan hanya didenda AS$154 (RM600)

"Ini adalah keterlaluan. Kerajaan Nauru mendakwa pelarian selepas cuba untuk membunuh diri," kata Senator Australian Greens, Sarah Hanson-Young menerusi Twitter lewat semalam.

Kenyataan kerajaan Nauru bertarikh 12 April menjelaskan lelaki itu, bapa kepada seorang budak perempuan berusia lapan tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dianggap kesalahan jenayah di bawah undang-undang Nauru, berikutan gangguan di Nibok lodge pada bulan Januari.

Januari lalu, polis Nauru pergi ke kawasan penempatan semula Nibok untuk memindahkan beliau dan anak perempuannya, Aysa, kerana mereka berpindah dari kemudahan lain tanpa kebenaran. - AFP

Berita Harian X