Jumaat, 15 April 2016 | 12:01am

Cara jaga rambut diluruskan semula

KEBANYAKAN wanita yang berambut kerinting, memilih untuk melakukan teknik meluruskan semula rambut kerana menganggap gaya seperti itu mudah diuruskan.

Memiliki rambut lurus sememang nya banyak kelebihan, tetapi dalam sibuk untuk meluruskan semula, keaslian dan kesihatan rambut perlu dijaga. Jangan sampai suatu masa nanti, semua rambut anda gugur dan botak.

Perlu ingat, apabila anda membayar sejumlah wang untuk meluruskan rambut, dalam masa yang sama anda juga perlu berkorban untuk memastikan rambut kekal sihat tanpa berlaku sebarang kerosakan.

Kebiasaannya, rambut yang menjalani teknik meluruskan semula atau rebonding, tidak akan bertahan lama. Justeru, beberapa tip boleh diamalkan supaya rambut tidak kembali kepada gaya asal terlalu cepat.

Info

Tip penjagaan rambut diluruskan semula

1. Selepas melakukan teknik meluruskan semula, pastikan anda tidak mencuci rambut berkenaan. Ini kerana bagi mengelakkan rambut kembali pada keadaan asal dengan terlalu cepat.

2. Selepas beberapa hari meluruskan semula rambut, urut kepala supaya rambut akan tahan lebih lama. Ketika melakukan urutan, pastikan tidak menggunakan air panas, sebaiknya guna air sejuk saja.

3. Jangan gunakan pengering rambut selepas selesai mandi terutama jika rambut masih basah. Ia boleh merosakkan keadaan rambut. Lebih baik keringkan secara semula jadi.

4. Ketika mengeringkan rambut, sebaiknya dalam keadaan berdiri tegak supaya rambut tidak mengembang dan kusut.

5. Disarankan supaya memakai masker rambut seminggu dua kali untuk menjaga kelembapannya. Jika perlu, pakai juga penutup rambut untuk menjaga suhu supaya stabil.

6. Jangan guna sikat dengan gigi yang padat kerana akan menjadikan rambut patah jika sikat dengan cara yang tidak betul, sebaliknya gunakan sikat bergigi jarang.

7. Jangan ikat rambut terlalu lama kerana ia akan menjadikan rambut tidak lurus. Selain itu ia membuatkan rambut mudah gugur.

Berita Harian X