Khamis, 14 April 2016 | 11:44pm
Fail imej Kapal milik CMA CGM Turquoise. - Foto ihsan marin Marchande

Lanun culik kru kapal kargo

LAGOS: Sekumpulan lanun menyerang kapal kargo di luar pantai Nigeria dan menculik dua kru, kata pakar maritim mengesahkannya hari ini, serangan terbaru di Teluk Guinea.

Kapal milik CMA CGM Turquoise yang diselia Dioryx Maritime Corp di Greece diserang lewat Isnin lalu ketika dalam perjalanan antara hab komersial Lagos, Nigeria dan Douala, Cameroon.

Menurut Tentera Laut Nigeria, insiden itu adalah serangan kedua berlaku dalam sehari, pada awal pagi Isnin, dengan lanun menculik enam anak kapal kargo milik Turki, iaitu M/T Puli.

"Serangan ini sama seperti yang lain di luar Delta Niger, sering dilakukan waktu malam," kata Dirk Steffen daripada firma Risk Intelligence berpusat di Denmark dengan merujuk serangan terbaru itu.

Teluk Guinea menjadi kawasan tumpuan aktiviti lanun sejak kebelakangan ini dan Risk Intelligence merekodkan sebanyak 32 serangan luar pesisir berlaku hanya di Nigeria tahun ini -AFP

Berita Harian X