Khamis, 14 April 2016 | 11:04pm

Digi Video Freedom tawar streaming video tanpa kuota

Dari kiri; Pengurus Besar Kumpulan Tonton, Airin Zainul, Pengurus Besar Viu Malaysia, Kingsley Warner, Ketua Industri, Google, Prashant Pathmanaban, Naib Presiden, Perniagaan dan Media Operasi New Media TM, Emily Wee, Ketua Pegawai Pemasaran DIGI, Loh Keh Jiat, Ketua Postpaid dan Digital Perkhidmatan DIGI, Praveen Rajan Nadarajan, Naib Presiden, segmen dan Pengurusan Portfolio, Bahagian Pelanggan ASTRO, Shaiful Subhan, Ketua Pegawai Eksekutif iflix Malaysia, Azran Osman Rani dan Pengurus Kandungan SEA, pelancaran gimik Ilan Sarfati pada majlis pelancaran Diti Video Freedom video Internet live pertama Malaysia di Kuala Lumpur. - Foto Nurul Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR: DIGI Telecommunications Sdn Bhd melancarkan Digi Video Freedom yang menawarkan pelanggan laluan untuk streaming kandungan internet video tanpa menggunakan kuota internet.

Perkhidmatan tambah nilai itu membolehkan pelanggan Digi menikmati kandungan yang mereka mahu pada harga rendah sementara mengekalkan corak penggunaan internet masing-masing.

Ketua Perkhidmatan Digital dan Pascabayar, Praveen Rajan, berkata pelanggan Digi dengan pelan internet boleh membeli laluan itu yang disediakan dalam dua pilihan, iaitu laluan mengikut jam pada harga RM1 dan laluan harian pada RM5 untuk tempoh 24 jam.

Katanya, pelanggan Digi dengan pelan internet boleh membeli dan mengaktifkan laluan Digi Video Freedom bermula 15 April 2016 dan stream kandungan video terbaik dan popular daripada hos rakan merangkumi YouTube, iflix, Astro on the Go, Viu, tonton, Dailymotion dan HyppTV.

"Kami mahu menghubungkan pelanggan kepada pelbagai perkhidmatan dan menawarkannya sebagai pelengkap gaya hidup digital mereka," katanya pada pelancaran perkhidmatan terkini Digi itu di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Loh Keh Jiat berkata, Digi Video Freedom adalah satu lagi langkah positif ke arah menghubungkan pelanggan kepada apa yang mereka mahukan dalam internet.

Katanya, Digi menyaksikan peralihan dalam penggunaan internet dan percaya majoriti kandungan yang digunakan pengguna dalam talian adalah video.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengenalan laluan Digi Video Freedom tepat pada waktunya.

"Laluan itu membolehkan pelanggan Digi menikmati kandungan video bila-bila masa, di mana saja tanpa perlu bimbang kehabisan kuota internet," katanya.

Berita Harian X