Khamis, 14 April 2016 | 10:24pm
Lebih 2000 pelajar yang megikuti acara Neon Night Run yang di anjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) di UMP kampus Gambang. - Foto Shafiq Zain
Lebih 2000 pelajar yang megikuti acara Neon Night Run yang di anjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) di UMP kampus Gambang. - Foto Shafiq Zain

2,000 sertai UMP Neon Night Run


Lebih 2000 pelajar yang megikuti acara Neon Night Run yang di anjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) di UMP kampus Gambang. - Foto Shafiq Zain

KUANTAN: Lebih  2,000 pelajar Universiti Malaysia Pahang  (UMP) menyertai UMP Neon Night Run di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, dekat sini, sebentar tadi.

Peserta lelaki  berlari mengelilingi sekitar kampus sejauh lima kilometer (km) manakala wanita pula sejauh empat kilometer. 

Juara, naib johan dan ketiga bagi kategori lelaki dan wanita akan membawa pulang medal dan sijil penyertaan. 

Bertemakan lampu neon, semua peserta akan memakai pakaian bercahaya, renda kasut bercahaya, kayu bersinar dan UV cat bagi memeriahkan suasana malam tadi. 

Peserta dilepaskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus  dan Pengerusi Festival Inovasi Teknologi Hijau (INFINOG) 2016, Abdul Abd Razak. 

Program itu dianjurkan bagi membina kecergasan fizikal dan mental melalui acara larian dalam membentuk mahasiswa yang cergas.

Selain itu, ia adalah antara aktiviti dalam mempromosikan INFINOG 2016 yang bermula esok sehingga Ahad depan di UMP Kampus Gambang.

Berita Harian X