Rabu, 13 April 2016 | 1:23pm

19 terbunuh nahas bas di Pakistan

MULTAN: Sekurang-kurangnya 19 penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh selepas bas yang mereka naiki bertembung dengan trak dalam kemalangan di wilayah Punjab, timur Pakistan.

Pegawai berkata beberapa orang turut tercedera dalam kemalangan hari ini berhampiran bandar Faisalabad di wilayah Punjab.

Beliau berkata ketika kejadian bas dipercayai dipandu laju tetapi pegawai masih menjalankan siasatan untuk mengesahkan punca nahas.

Kemalangan maut biasa berlaku di Pakistan kerana infrastruktur jalan yang teruk dan sikap sambil lewa pemandu terhadap undang-undang lalu lintas. - AP

Berita Harian X