Rabu, 13 April 2016 | 7:11am

Lebih 100 rumah terbakar di Tawau

TAWAU: Lebih 100 rumah di Kampung Titingan dan Kampung Tanah Merah dekat sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. 

Kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi dipercayai bermula dari sebuah rumah di Kampung Titingan sebelum api merebak dengan cepat sehingga turut memusnahkan puluhan lagi rumah di Kampung Tanah Merah yang terletak bersebelahan.

Keadaan berangin selain kedudukan rumah yang rapat antara satu sama mengakibatkan api marak dengan cepat. Setakat ini tiada penduduk dilaporkan cedera. 

Setakat jam 5 pagi tadi, bomba masih menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

Ketua Zon, Bomba dan Penyelamat Bahagian Tawau, Penguasa Kanan Bomba Ismaidi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.33 pagi sebelum menghantar 34 anggota bersama empat jentera ke lokasi.

"Api dapat dikawal pada jam 5.39 pagi dan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

KEBAKARAN yang memusnahkan lebih 100 rumah di Kampung Titingan dan Kampung Tanah Merah, Tawau, awal pagi tadi. - Foto Abdul Rahemang Taiming
KEADAAN rumah penduduk kampung yang musnah dalam kejadian itu.
KEADAAN berangin selain kedudukan rumah yang rapat antara satu sama mengakibatkan api marak dengan cepat
Berita Harian X