Isnin, 11 April 2016 | 5:18pm
SLIM RIVER 11 APRIL 2016. ( BH IPB708U ) Seorang lelaki, Amir Zul Ikram Abdul Rahim, 28, maut manakala seorang lagii parah selepas kereta jenis Proton Persona dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Trolak-Sungkai, dekat Slim River. IHSAN BOMBA

1 maut, 1 parah, kereta terbabas di Slim River


SLIM RIVER 11 APRIL 2016. ( BH IPB708U ) Seorang lelaki, Amir Zul Ikram Abdul Rahim, 28, maut manakala seorang lagii parah selepas kereta jenis Proton Persona dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Trolak-Sungkai, dekat Slim River. IHSAN BOMBA

SLIM RIVER: Seorang maut manakala seorang lagi parah apabila dinaiki terbabas di Jalan Trolak-Sungkai, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amir Zul Ikram Abdul Rahim, 28, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan dan tersepit dalam kenderaan.

Sementara seorang lagi mangsa parah selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.49 pagi dan mendapati mangsa yang maut tersepit dalam kereta terbabit.

Katanya, bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi mengeluarkan mangsa tamat jam 10.28 pagi dan mangsa yang parah dibawa oleh ambulans ke Hospital Slim River untuk rawatan," katanya.

15 dibaca
Berita Harian X