Jumaat, 8 April 2016 | 11:42pm

BH menang dua anugerah daripada USIM


NAIB Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad (dua dari kiri) bersama Ketua Biro Berita Harian Seremban, Ziauddin Sharuddin (kiri) dan wartawan Berita Harian, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi (kanan) dan Ifwan Tun Tuah yang memenangi dua anugerah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Majlis Makan Malam Media USIM 2016 di Palm Mall. - Foto Hazreen Mohamad

SEREMBAN: BH memenangi dua anugerah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Majlis Makan Malam Media USIM 2016 di sini, tadi.

Dua anugerah itu adalah Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Sisipan dan Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Penyelidikan.

Harian Metro pula memenangi tiga anugerah iaitu, Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Setempat, Anugerah Penulisan Rencana Kategori Pendidikan dan Anugerah Senandung Budi.

Setiap kategori menerima sijil, piala dan wang tunai RM500.

Yang turut hadir Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Zulkiple Abd Ghani dan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM, Dr Mohd Faizal Kasmani.

Musa berkata, anugerah itu diberikan sebagai menghargai hubungan yang erat antara media dengan universiti itu.

Katanya, kerjasama itu membolehkan USIM semakin dikenali dan berharap dapat terus mengeratkan silaturahim.

Berita Harian X